Thursday, August 26, 2010
Kalsium
Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporosis. Kebanyakan kalsium berasaskan makanan datang daripada bahan tenusu. Anggapan bahawa kalsium daripada tenusu tidak diserap sebenarnya tidak disokong oleh kajian saintifik. Lain-lain sumber kalsium yang baik termasuk sardin, ikan salmon yang ditinkan, sayuran berdaun hijau, dan tofu.
Kekurangan kalsium dalam tubuh badan manusia boleh menyebabkan :
- Kekejangan otot pada muka dan kaki
- Tekanan darah dan rentak denyutan jantung tidak teratur
- Penyakit rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia pada org dewasa.
oleh:NURAKROMI (204838)
Monday, August 23, 2010
vitamin a
Vitamin A memainkan peranan dalam pelbagai fungsi di seluruh tubuh, seperti:
-Penglihatan
-Penyalinan Gen
-Fungsi imunisasi
-Perkembangan janin dan pembiakan
-Metabolis tulang
-Kesihatan kulit
Kekurangan vitamin A dianggarkan menjejaskan jutaan kanak-kanak diseluruh dunia. Sekitar 250,000-500,000 kanak-kanak dinegara membangun menjadi buta setiap tahun akibat kekurangan vitamin A, dengan kejadian terbanyak di Asia Tenggara dan Afrika.[19] Menurut Badan Kesihatan Sedunia (WHO), kekurangan vitamin A adalah terkawal di Amerika Syarikat, tetapi di negara membangunkekurangan vitamin A adalah kebimbangan besar. Dengan kekurangan vitamin A yang meluas, WHO telah melaksanakan beberapa usaha bagi vitamin A tambahan bagi negara membangun. Sesetengah strategi ini termasuk pengambilan vitamin A melalui gabungan penyusuan, melalui permakanan, pengukuhan makanan, dan tambahan. Melalui usaha WHO dan rakan kongsinya, dianggarkan sekitar 1.25 juta kematian sejak 1998 di 40 negara akibat kekurangan vitamin A telah dihalang.
Liew Jun Yip 196224
Sunday, August 22, 2010
PELAWAS
Pelawas merupakan satu bahan gantian yang tidak dapat dicernakan oleh badan.Pelawas terdiri daripada selulosa yang boleh di dapati dalam makanan seperti sayur dan buah.Selain itu,pelawas mempunyai nilai makanan yang rendah.Walaubagaimanapun,pelawas adalah penting kepada badan kerana ia menggalakkan peristalsis dalam sistem pencernaan.Pelawas juga dapat mengurangkan kadar kolesterol(LDL)serta dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.Disamping itu,pelawas juga dapat mengurangkan risiko sakit jantung kerana mampu mengikat lemak-lemak dan asid hempedu yang dikeluarkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkannya.Pelawas juga dapat menyerap kadar air di dalam tubuh dengan baik dan ini akan memudahkan lagi proses pembuangan air besar.Selain itu,pelawas juga dapat mengubati permasalahan usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome(najis tersumbat dan terlekat pada usus besar).
Kesan kekurangan pelawas ialah:
1)Makanan yang tidak dicernakan akan berada dalam usus besar untuk jangka masa yang lebih panjang.
2)Akibatnya tinja menjadi kering dan keras serta sukar dikeluarkan melalui dubur.Fenomena ini lebih dikenali sebagai sembelit oleh masyarakat.
Thursday, August 19, 2010
PROTEIN
Protein banyak memberi kebaikan kepada tubuh badan manusia. Antara jenis – jenis protien yang baik kepada tubuh badan manusia ialah daging,ikan,kekacang,ayam dan sebagainya.Protien sebenarnya membentuk struktur di dalam sel badan kita termasuk sebagai enzim dan pigmen respiratori.Percantuman unit asas protein ini dikenali sebagai asid amino.
Protien juga sebenarnya boleh di bahagikan kepada dua jenis iaitu protein fibrous dan protein globula.Bagi protein fibrous ia banyak bergantung kepada struktur sekunder dimana bentuk protein ini boleh di ulang.Bagi protien globular pula ( enzim dan antibodi ) ia banyak bergantung kepada interaksi struktur tertiar.Sebanyak 20 jenis asid amino di perlukan untuk memebentuk rantain polipeptida(protein).Bagi fungsi,bentuk,saiz, dan jenis protein akan di tentukan oleh jenis,bilangan dan taburan asid amnino yang terdapat di dalam struktur tersebut.
Tindak balas kondensasi berlaku apabila berlaku percantuman beberapa asid amino.Tindak balas ini akan membentuk ikatan polipeptida dan pembentukan molekul air.Percantuman ini akan menghasilkan rantaian peptida yang lebih dikenali sebagai polipeptida dan mempunyai dua hujung rantaian yang berbeza sifatnya.
Oleh itu jelaslah bahawa protein yang di bentuk dengan hanya mengunakan satu polipeptida dikenali sebagai protein monomerik iaitu protein yang dibentuk melalui beberapa polipetida.Manakala hemoglobin pula disebut sebagai protein multmerik yang bagus untuk kesihatan manusia.
(SITI MARDIANA BINTI MOHD NOOR 204815)
Friday, August 13, 2010
Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
Sejak dahulu lagi telah diketahui bahawa mereka yang kerap makan buah dan sayur mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami penyakit jantung dan strok jika dibandingkan dengan mereka yang kurang atau tidak mengambil makanan tersebut sama sekali. Kadar penyakit kanser juga lebih rendah pada mereka yang tinggi pengambilan buah dan sayur di dalam diet. Malahan di Amerika Syarikat , ada yang mengatakan bahawa berkurangnya kadar penyakit jantung dan strok pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebahagian disebabkan oleh tabiat mereka yang mula gemar kembali memakan buah dan sayur mentah. Kebaikan buah dan sayur seperti yang dinyatakan di atas mungkin berpunca daripada sifat makanan tersebut yang kaya dengan vitamin antipengoksidaan, iaitu A,CdanE dan juga kandungan serat yang tinggi. Kemungkinan juga apabila seseorang itu mengambil buah dan sayur , maka dia akan kurang mengambil makanan yang lain,terutama makanan kaya lemak.
by Chin Beng Siang 197161
Thursday, August 5, 2010
Kesihatan-Makanan Seimbang
Makanan seimbang atau gizi seimbang ialah satu tabiat pemakanan yang merangkumi semua jenis kelas makanan dari sumber-sumber. Seimbang di sini bukanlah bermaksud seseorang perlu makan kuantiti setiap kelas makanan dengan sama banyak. Mengikut piramid makanan, seseorang itu perlu mengambil setiap jenis kelas makanan mengikut kuantiti yang ditetapkan. Piramid makanan itu haruslah dipatuhi untuk mengekalkan kesihatan yang optimum. Jadi, pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang disarankan untuk memastikan kita sihat sepanjang hayat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya.
TAY YING HAU 196748
Sunday, August 1, 2010
Lemak Dan Minyak
Lemak dan minyak adalah untuk meningkatkan jumlah energi, membantu penyerapan vitamin A, D, E, K dan menambah lezat hidangan.
Tiga golongan lemak: lemak tepu, lemak trans dan lemak tidak tepu serta kebanyakan lemak merbahaya kepada kesihatan tubuh manusia.
Lemak tepu dan lemak trans mempunyai kesan buruk pada cholesterol tingkat. Lemak tak tepu dan lemak (seperti minyak zaitun, minyak canola, minyak soya, dan minyak jagung) mempunyai kesan yang baik.Asid lemak trans (atau "lemak trans") adalah lemak yang ditemui dalam makanan seperti sayuran mentega, beberapa marjerin, biskut, kuih, makanan ringan, makanan yang digoreng.Lemak tepu dari Semua produk haiwan, seperti daging, tenusu , serta kelapa dan kelapa sawit.
Kebiasaan mengkonsumsi lemak haiwan berlebihan menyebabkan penyempitan pembuluh darah arteri dan penyakit jantung koroner. Sedang makan ikan mengurangi risiko penyakit jantung koroner, oleh kerana lemak ikan mengandung asam lemak omega 3. Asam lemak omega 3 berperan mencegah terjadinya penyumbatan lemak pada dinding pembuluh darah. Omega-3 boleh menurunkan risiko irama jantung abnormal dan mengurangkan kohesi sel-sel darah, yang membuat mereka kurang cenderung untuk membentuk bekuan dan blok arteri. Omega-3 nampaknya sangat menguntungkan bagi orang-orang sudah pada risiko penyakit jantung dan mereka yang telah mengalami serangan jantung.
By Andy Law Kah Khean 196115
Friday, July 30, 2010
gizi seimbang
Gizi berasal dari bahasa arab: “al gizai” yang artinya makanan dan manfaatnya untuk
kesehatan. Dapat juga diartikan sari makanan yang bermanfaat untuk kesehatan.
Manusia dalam proses pertumbuhan dan perkembangannya, dimulai dari saat
pembuahan, berlangsung sepanjang masa hidupnya hingga dewasa sampai masa
tua, memerlukan zat gizi yang terkandung dalam makanan. Jadi manusia mendapat
zat gizi atau nutrien dalam bentuk makanan yang berasak dari hewan (hewani) dan
tumbuh-tumbuhan (nabati). Zat gizi tersebut adalah karbohidrat, protein dan lemak
yang disebut sebagai zat gizi makro serta vitamin dan mineral yang disebut dengan
zat gizi mikro. Selain itu, untuk memperlancar proses metabolisme dalam tubuh
diperlukan air dan serat. Tubuh manusia membutuhkan aneka ragam makanan untuk
memenuhi semua zat gizi tersebut. Kekurangan atau kelebihan salah satu unsur zat
gizi akan menyebabkan kelainan atau penyakit. Oleh kerana itu, perlu diterapkan
kebiasaan makanan yang seimbang sejak usia dini dengan jumlah yang sesuai
kebutuhan masing-masing individu agar tercapai kondisi kesehatan yang prima.
Rumusannya,makanan yang dikonsumsi sehari-hari harus mengandung semua zat gizi tersebut. Makanan sumber energi terutama adalah: nasi, jagung, sagu, ubi, roti, dan hasil olahannnya. Makanan sumber zat pembangun misalnya: ikan, telur, daging, tahu, tempe, dan kacang-kacangan, dan makanan sumber zat pengatur terutama sayur-sayuran dan buah-buahan.
by: kong yan tat 197137
Thursday, July 29, 2010
Pengambilan karbohidrat yang cukup
Karbohidrat adalah sejenis sumber tenaga yang diperlukan oleh setiap manusia. Tenaga yang dihasilkan perlu untuk aktiviti dalam kehidupan manusia. Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam tubuh manusia.
Selain itu yang pertamanya karbohidrat terdiri daripada jenis-jenis gula iaitu gula, glukosa, sirap, madu dan laktosa. Keduanya karbohidrat terdiri daripada kandungan kanji iaitu tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko dan beberapa jenis selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam makanan bijirin dan beras, makanan bergandum, minuman glukosa, milo dan sebagainya.
disediakan oleh: YEE CHEE SIANG no matrik:197222
Wednesday, July 28, 2010
Piramid Makanan-Vitamin
Dalam piramid makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah makanan yang berada pada tempat kedua. Hal ini kerana buah-buahan dan sayur-sayuran ,mengandungi banyak vitamin yang diperlukan oleh badan kita. Contohnya, Vitamin C, dapat membantu pemyembuhan luka, meningkatkan pertahanan badan terhadap jangkitan. Vitamin D dapat bentuk tulang yang kuat dan juga gigi yang sihat. Vitamin E untuk menstabilkan sel membran. Vitamin K dalam pembantuan mekanisma pembekuan darah. Maka, kita haruslah banyak makan buah-buahan dan juga sayur-sayuran supaya memperolehi vitamin yang penting untuk.
Disediakan oleh,
LAW CHEE FOO (196395)
Thursday, July 22, 2010
Bahasa Melayu Pengurusan - Kesihatan
Ahli-ahli C28 perlu mempamerkan satu petikan perkaitan tentang Kesihatan-pemakanan seimbang di dalam Blog ini.... Setiap petikan perlu mengandungi 50 perkataan atau tidak kurang daripadanya...Petikan tidak semestinya perlu mengandungi foto dan ini adalah atas kerelaan ahli-ahli...
Sekian Ribuan Terima Kasih .
Subscribe to:
Posts (Atom)