Sunday, August 22, 2010

PELAWAS








Pelawas merupakan satu bahan gantian yang tidak dapat dicernakan oleh badan.Pelawas terdiri daripada selulosa yang boleh di dapati dalam makanan seperti sayur dan buah.Selain itu,pelawas mempunyai nilai makanan yang rendah.Walaubagaimanapun,pelawas adalah penting kepada badan kerana ia menggalakkan peristalsis dalam sistem pencernaan.Pelawas juga dapat mengurangkan kadar kolesterol(LDL)serta dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.Disamping itu,pelawas juga dapat mengurangkan risiko sakit jantung kerana mampu mengikat lemak-lemak dan asid hempedu yang dikeluarkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkannya.Pelawas juga dapat menyerap kadar air di dalam tubuh dengan baik dan ini akan memudahkan lagi proses pembuangan air besar.Selain itu,pelawas juga dapat mengubati permasalahan usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome(najis tersumbat dan terlekat pada usus besar).
Kesan kekurangan pelawas ialah:
1)Makanan yang tidak dicernakan akan berada dalam usus besar untuk jangka masa yang lebih panjang.
2)Akibatnya tinja menjadi kering dan keras serta sukar dikeluarkan melalui dubur.Fenomena ini lebih dikenali sebagai sembelit oleh masyarakat.

1 comment: