Thursday, August 26, 2010



Kalsium
Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporosis. Kebanyakan kalsium berasaskan makanan datang daripada bahan tenusu. Anggapan bahawa kalsium daripada tenusu tidak diserap sebenarnya tidak disokong oleh kajian saintifik. Lain-lain sumber kalsium yang baik termasuk sardin, ikan salmon yang ditinkan, sayuran berdaun hijau, dan tofu.

Kekurangan kalsium dalam tubuh badan manusia boleh menyebabkan :
- Kekejangan otot pada muka dan kaki
- Tekanan darah dan rentak denyutan jantung tidak teratur
- Penyakit rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia pada org dewasa.
oleh:NURAKROMI (204838)

1 comment: