Friday, August 13, 2010

Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran




Sejak dahulu lagi telah diketahui bahawa mereka yang kerap makan buah dan sayur mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami penyakit jantung dan strok jika dibandingkan dengan mereka yang kurang atau tidak mengambil makanan tersebut sama sekali. Kadar penyakit kanser juga lebih rendah pada mereka yang tinggi pengambilan buah dan sayur di dalam diet. Malahan di Amerika Syarikat , ada yang mengatakan bahawa berkurangnya kadar penyakit jantung dan strok pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebahagian disebabkan oleh tabiat mereka yang mula gemar kembali memakan buah dan sayur mentah. Kebaikan buah dan sayur seperti yang dinyatakan di atas mungkin berpunca daripada sifat makanan tersebut yang kaya dengan vitamin antipengoksidaan, iaitu A,CdanE dan juga kandungan serat yang tinggi. Kemungkinan juga apabila seseorang itu mengambil buah dan sayur , maka dia akan kurang mengambil makanan yang lain,terutama makanan kaya lemak.


by Chin Beng Siang 197161

2 comments:

  1. selepas membaca, kumpulan kami memahami lebih mendalam mengenai protein tersebut.

    ReplyDelete
  2. Ya.Kita harus selalu memakan buah-buahan dan sayur-sayuran supaya menjamin kesihatan kita.

    ReplyDelete